Wednesday, 10 October 2012

Lagu Patriotik


Lagu patriotik atau lagu kebangsaan merupakan lagu yang melambangkan sesebuah negara yang merdeka lagi berdaulat. Bagi Malaysia, Lagu Negaraku merupakan lagu tema yang amat dihormati dan disanjungi sejak berpuluh tahun dahulu lagi.



Kini Malaysia semakin maju dan mengorak langkah ke hadapan. Demi mempertahankan kemajuan dan kestabilan yang sedia ada, kerajaan telah mensasarkan golongan muda untuk untuk berbakti dan berjasa menggantikan golongan lama. Untuk itu beberapa lagu berkonsepkan 'Youth' telah dicipta demi menggambarkan generasi muda adalah generasi masa hadapan yang diharapkan dapat menggantikan golongan lama yang telah banyak berjasa kepada negara.



Antara lagu patriotik yang aku gemari pada masa kini ialah lagu 'Terima Kasih Malaysia'. Sebuah lagu pembakar semangat dan lagu yang mengajar rakyat Malaysia untuk berterima kasih kepada negara sendiri. Mungkin lagu ini dicipta bagi memberi kesedaran kepada golongan muda yang tidak menghargai erti kemerdekaan, kestabilan ekonomi, dan keamanan yang dikecapi selama ini.

Hidup MALAYSIA!!

Tony Pua hina Tun Mahathir - Apa perasaan orang Melayu?


Tanggal 8 Oktober 2012, negara sekali digemparkan dengan kenyataan kurang ajar dari pihak pembangkang, iaitu Tony Pua. Tony Pua atau nama penuhnya Tony Pua Kim Wee merupakan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara semenjak tahun 2008.

Tony Pua telah mendakwa Tun Mahathir nyanyuk kerana Tun menyatakan bahawa sesiapa yang mengundi DAP atau PR bermakna mereka mengundi George Soros, bangsa Yahudi laknatullah yang berusia 82 tahun.

Adakah wajar seorang insan kerdil ini menghina Tun dengan sebegitu rupa? Siapa Tony Pua ni? Berani menghina serang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada Malaysia, orang Islam dan orang Melayu. Dimana hilangnya rasa hormat seorang yang baru di dalam politik terhadap Tun yang sudah banyak berjasa kepada Malaysia dan dunia ini? 

Kenyataan-kenyataan seperti ini sebenarnya telah acap kali dikeluarkan dari pihak pembangkang yang tidak tahu budi bahasa, adab dan sopan santun. Ingat Tony Pua, yang hang kata tu pemimpin Islam, pemimpin Melayu. Jangan sampai orang Melayu meletup dan mengamuk disebabkan kata-kata bangsat hang tuh!

Sekian untuk entri kali ini. Selepas ini akan banyak lagi entri yang lebih panas akan menyusul.

Tuesday, 9 October 2012

Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia


Ramai warganegara Malaysia yang tidak menghargai negara mereka sendiri, tidak menyayangi negara mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang tidak bersyukur.